AKADEMI CHERAS JAYA FC MELANGKAH KE PUSINGAN KALAH MATI LFBK 09



CHERAS JAYA - CJFC berjaya melangkah ke pusingan kalah mati pada LFBK 09 selepas berjaya mengungguli takhta kumpulan A dengan memungut 10 mata. Persaingan pada kumpulan A dianggotai pasukan Rambo FC dan SP City Youth Academy. Pada perlawanan terdahulu CJFC berjaya menewaskan Rambo FC 2-1 pada perlawanan pertamanya pada 15 Mac di Kompleks Rakan Muda Puchong. Rentak kemenangan pasukan CJFC diteruskan lagi pada perlawanan kedua menentang SP City Youth Academy pada 22 Mac dengan membelasah pasukan lawan 15 gol berbalas 1.

Pada pertemuan pusingan kedua kumpulan, CJFC mengekalkan rekod tanpa kalahnya apabila seri 1-1 ketika bertemu pasukan Rambo FC walaupun perlawanan berlansung sengit serta dengan keadaan cuaca terik pada hari berkenaan. Asakan demi asakan lawan berjaya dikawal oleh pemain-pemain CJFC sehingga wisel penamat dibunyikan. Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang berakhir pada 5 April lalu menobatkan CJFC sebagai pendahulu kumpulan A setelah menewaskan pasukan SP City Youth Academy dengan keputusan 5-0. Malangnya CJFC terpaksa mengharungi pusingan seterusnya dengan kecederaan 4 orang pemain yang dialami pasukan sebelumnya. "Saya rasa terkilan dan sedikit kecewa apabila 4 orang pemain saya tidak dapat meneruskan aksi akibat kecederaan serius yang dialami oleh mereka. Kini tumpuan terarah kepada baki 14 orang pemain yang didaftarkan untuk menyertai LFBK 09 Musim Pertama yang akan berakhir pada 3 Mei ini. Apa yang penting pada waktu ini adalah mengembalikan semula semangat juang yang tinggi dalam mengharungi baki perlawanan. Tumpuan kini adalah pertemuan pusingan kalah mati pada 26 April depan bertemu dengan pasukan yang boleh dianggap pasukan pilihan liga iaitu A7 United wakil pasukan dari Kuala Lumpur. Cuti rehat yang panjang ini akan saya gunakan sebaik mungkin bagi mengekalkan tahap kecergasan dan formasi dalam pasukan terus kekal." kata pengurus pasukan En. Faizul Ali Anui.

Pusingan kalah mati LFBK 09 akan menampilkan 16 pasukan kesemuanya dan 8 pasukan bertuah akan layak ke perlawanan suku akhir yang dijadualkan berlansung pada 1 Mei depan bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong. Kepada pengunjung yang berminat menyaksikan perlawanan ini boleh lah hadir menyaksikannya secara percuma bermula jam 9.00 bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong pada setiap hari ahad sehingga 3 Mei ini.