PASUKAN AKADEMI CHERAS JAYA FC WAJAH BARU


CHERAS JAYA - Semalam menyaksikan pasukan Akademi Cheras Jaya FC kini dikendalikan oleh pengurusan baru selepas mesyuarat pengurusan malam tadi. Saudara Hakim kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus dan Ketua Jurulatih pasukan dibantu Saudara Nor Zaiman sebagai Penolong Pengurus serta Saudara Mohd Fandi dan Saudara Hafiz sebagai Pembantu Jurulatih. Majlis penyerahan portfolio pasukan dan pemain diserahkan oleh pemilik Akademi Cheras Jaya FC iaitu Encik Faizul Ali Anui malam tadi. Beliau berharap dengan adanya pengurusan yang baru ini pasukan dapat berada disatu tahap yang membanggakan suatu hari kelak. Melalui mesyuarat semalam juga menyaksikan ramai pelatih-pelatih akademi telah dipilih menyertai skuad utama hasil daripada latihan yang diadakan sebelum ini. Satu majlis menandatangani kontrak pemain akan diadakan pada isnin depan bertempat di pejabat urusan akademi. Sesi latihan pusat untuk skuad utama ini akan bermula pada khamis ini jam 8.00 malam bertempat di Kajang sebelum memulakan langkah pertama menyertai Liga Futsal Belia Kebangsaan 2009 yang kini sedang hangat diperkatakan. Pasukan ini juga akan menyertai perlawanan PRA-LIGA bermula 14 Feb ini hingga 28 Feb depan sebagai persiapan pasukan menjelang liga pada 15 Mac ini.