Black Panther

Setelah latihan demi latihan dijalankan, pemain² telah mula menunjukkan perubahan yang membanggakan. Pemain² telah menunjukkan perubahan dari segi corak permainan, keserasian dalam pasukan dan stamina yang lebih baik.

Kami akan bertandang ke Klang menentang FC Blonde bagi perlawanan Pra Liga Futsal Belia Kebangsaan musim ke-2. Ini merupakan perlawanan ke-3 Pra Liga bagi Cj FC setelah permainan hambar 2 perlawanan sebelum ini. Setelah melakukan "bedah siasat" dan menjalani latihan keras CJ FC kini kembali dilandasan yang betul.

Kepada FC Blonde, beware of BLACK PANTHER!!! We are not yesterday, we are today!!



-Ok team, say it together

"we are BLACK PANTHER"
"we are "BLACK PANTHER"
"we are "BLACK PANTHER"

LEBIH MANTAP, BERTENAGA & BERGAYA DARI YANG TERDAHULU



Kepada pelatih, rakan-rakan, sahabat-sahabat dan tidak kira siapa jua anda yang melayari laman web kami sila klik disini untuk TRANSFORMASI CHERAS JAYA FUTSAL CLUB

TRANSFORMASI CJFC BAKAL MENJELMA


LFBK Musim Ke-2 (Latihan Kecergasan 1)






Pemain-pemain diberi taklimat dan juga kata-kata semangat dari coach Fandi. Alhamdulillah latihan pada hari pertama berjalan dengan lancar dan semua pemain memberikan komitmen yang tinggi. Selain pemain-pemain lama, pemain-pemain baru juga turut serta menghadiri latihan kecergasan yang dijalankan. Diharapkan semua pemain terus menerus memberikan komitmen dan fokus di dalam latihan.

Latihan Bermula

Cheras Jaya FC memulakan latihan setelah lama berehat panjang selepas tamatnya Liga Futsal Belia Kebangsaan musim pertama. Latihan akan mula dijalankan pada 1/7/2009 bermula pada tepat 8.30pm yang bertempat di gelanggang futsal Sri Serdang, Selangor. Latihan ini bagi menyahut cabaran Liga Futsal Belia Kebangsaan musim ke-2 yang lebih mencabar dan meluas. Selain daripada pemain-pemain lama, pihak pengurusan CJFC amat mengalu-alukan kehadiran pemain-pemain yang ingin menyertai bagi memantapkan lagi skuad CJFC. Sebarang pertanyaan tentang latihan dan pengambilan pemain baru, anda boleh terus menghubungi pengurus pasukan En. Faizul (019-7118433) atau jurulatih Fandi (012-3612089)

Nantikan kemunculan CJFC dengan strategi dan semangat yang baru!!

AWAS!!!