Black Panther

Setelah latihan demi latihan dijalankan, pemain² telah mula menunjukkan perubahan yang membanggakan. Pemain² telah menunjukkan perubahan dari segi corak permainan, keserasian dalam pasukan dan stamina yang lebih baik.

Kami akan bertandang ke Klang menentang FC Blonde bagi perlawanan Pra Liga Futsal Belia Kebangsaan musim ke-2. Ini merupakan perlawanan ke-3 Pra Liga bagi Cj FC setelah permainan hambar 2 perlawanan sebelum ini. Setelah melakukan "bedah siasat" dan menjalani latihan keras CJ FC kini kembali dilandasan yang betul.

Kepada FC Blonde, beware of BLACK PANTHER!!! We are not yesterday, we are today!!



-Ok team, say it together

"we are BLACK PANTHER"
"we are "BLACK PANTHER"
"we are "BLACK PANTHER"

LEBIH MANTAP, BERTENAGA & BERGAYA DARI YANG TERDAHULU



Kepada pelatih, rakan-rakan, sahabat-sahabat dan tidak kira siapa jua anda yang melayari laman web kami sila klik disini untuk TRANSFORMASI CHERAS JAYA FUTSAL CLUB

TRANSFORMASI CJFC BAKAL MENJELMA


LFBK Musim Ke-2 (Latihan Kecergasan 1)






Pemain-pemain diberi taklimat dan juga kata-kata semangat dari coach Fandi. Alhamdulillah latihan pada hari pertama berjalan dengan lancar dan semua pemain memberikan komitmen yang tinggi. Selain pemain-pemain lama, pemain-pemain baru juga turut serta menghadiri latihan kecergasan yang dijalankan. Diharapkan semua pemain terus menerus memberikan komitmen dan fokus di dalam latihan.

Latihan Bermula

Cheras Jaya FC memulakan latihan setelah lama berehat panjang selepas tamatnya Liga Futsal Belia Kebangsaan musim pertama. Latihan akan mula dijalankan pada 1/7/2009 bermula pada tepat 8.30pm yang bertempat di gelanggang futsal Sri Serdang, Selangor. Latihan ini bagi menyahut cabaran Liga Futsal Belia Kebangsaan musim ke-2 yang lebih mencabar dan meluas. Selain daripada pemain-pemain lama, pihak pengurusan CJFC amat mengalu-alukan kehadiran pemain-pemain yang ingin menyertai bagi memantapkan lagi skuad CJFC. Sebarang pertanyaan tentang latihan dan pengambilan pemain baru, anda boleh terus menghubungi pengurus pasukan En. Faizul (019-7118433) atau jurulatih Fandi (012-3612089)

Nantikan kemunculan CJFC dengan strategi dan semangat yang baru!!

AWAS!!!

AKADEMI CHERAS JAYA FC MELANGKAH KE PUSINGAN KALAH MATI LFBK 09



CHERAS JAYA - CJFC berjaya melangkah ke pusingan kalah mati pada LFBK 09 selepas berjaya mengungguli takhta kumpulan A dengan memungut 10 mata. Persaingan pada kumpulan A dianggotai pasukan Rambo FC dan SP City Youth Academy. Pada perlawanan terdahulu CJFC berjaya menewaskan Rambo FC 2-1 pada perlawanan pertamanya pada 15 Mac di Kompleks Rakan Muda Puchong. Rentak kemenangan pasukan CJFC diteruskan lagi pada perlawanan kedua menentang SP City Youth Academy pada 22 Mac dengan membelasah pasukan lawan 15 gol berbalas 1.

Pada pertemuan pusingan kedua kumpulan, CJFC mengekalkan rekod tanpa kalahnya apabila seri 1-1 ketika bertemu pasukan Rambo FC walaupun perlawanan berlansung sengit serta dengan keadaan cuaca terik pada hari berkenaan. Asakan demi asakan lawan berjaya dikawal oleh pemain-pemain CJFC sehingga wisel penamat dibunyikan. Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang berakhir pada 5 April lalu menobatkan CJFC sebagai pendahulu kumpulan A setelah menewaskan pasukan SP City Youth Academy dengan keputusan 5-0. Malangnya CJFC terpaksa mengharungi pusingan seterusnya dengan kecederaan 4 orang pemain yang dialami pasukan sebelumnya. "Saya rasa terkilan dan sedikit kecewa apabila 4 orang pemain saya tidak dapat meneruskan aksi akibat kecederaan serius yang dialami oleh mereka. Kini tumpuan terarah kepada baki 14 orang pemain yang didaftarkan untuk menyertai LFBK 09 Musim Pertama yang akan berakhir pada 3 Mei ini. Apa yang penting pada waktu ini adalah mengembalikan semula semangat juang yang tinggi dalam mengharungi baki perlawanan. Tumpuan kini adalah pertemuan pusingan kalah mati pada 26 April depan bertemu dengan pasukan yang boleh dianggap pasukan pilihan liga iaitu A7 United wakil pasukan dari Kuala Lumpur. Cuti rehat yang panjang ini akan saya gunakan sebaik mungkin bagi mengekalkan tahap kecergasan dan formasi dalam pasukan terus kekal." kata pengurus pasukan En. Faizul Ali Anui.

Pusingan kalah mati LFBK 09 akan menampilkan 16 pasukan kesemuanya dan 8 pasukan bertuah akan layak ke perlawanan suku akhir yang dijadualkan berlansung pada 1 Mei depan bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong. Kepada pengunjung yang berminat menyaksikan perlawanan ini boleh lah hadir menyaksikannya secara percuma bermula jam 9.00 bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong pada setiap hari ahad sehingga 3 Mei ini.

PASUKAN AKADEMI CHERAS JAYA FC WAJAH BARU


CHERAS JAYA - Semalam menyaksikan pasukan Akademi Cheras Jaya FC kini dikendalikan oleh pengurusan baru selepas mesyuarat pengurusan malam tadi. Saudara Hakim kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus dan Ketua Jurulatih pasukan dibantu Saudara Nor Zaiman sebagai Penolong Pengurus serta Saudara Mohd Fandi dan Saudara Hafiz sebagai Pembantu Jurulatih. Majlis penyerahan portfolio pasukan dan pemain diserahkan oleh pemilik Akademi Cheras Jaya FC iaitu Encik Faizul Ali Anui malam tadi. Beliau berharap dengan adanya pengurusan yang baru ini pasukan dapat berada disatu tahap yang membanggakan suatu hari kelak. Melalui mesyuarat semalam juga menyaksikan ramai pelatih-pelatih akademi telah dipilih menyertai skuad utama hasil daripada latihan yang diadakan sebelum ini. Satu majlis menandatangani kontrak pemain akan diadakan pada isnin depan bertempat di pejabat urusan akademi. Sesi latihan pusat untuk skuad utama ini akan bermula pada khamis ini jam 8.00 malam bertempat di Kajang sebelum memulakan langkah pertama menyertai Liga Futsal Belia Kebangsaan 2009 yang kini sedang hangat diperkatakan. Pasukan ini juga akan menyertai perlawanan PRA-LIGA bermula 14 Feb ini hingga 28 Feb depan sebagai persiapan pasukan menjelang liga pada 15 Mac ini.

TAHNIAH BUAT COACH FANDI DIATAS KELAHIRAN ANAK LELAKI SULUNG BELIAU



Inilah dia Mohammad Darish Rayyan yang dilahirkan pada 23 Jan lalu di Hospital Serdang, Selangor. Tahniah kepada Coach Fandi dan selamat datang kepada Rayyan ..... (selanjutnya)

PRA - LIGA FUTSAL BELIA KEBANGSAAN 2009



CHERAS JAYA - Bermula 14 Feb ini akan bermulanya persaingan 4 pasukan iaitu Akademi Cheras Jaya FC, A7 United, Samba FC dan Hulu Langat FC yang merebut takhta Pra - Liga Futsal Belia Kebangsaan 2009. Penganjuran pra liga ini adalah bertujuan untuk melatih para pegawai yang akan bertugas disamping mempromosikan liga ini kepada umum... (selanjutnya)

SHAH UNITED JUARA FUTSAL JEMPUTAN DI KUALA LUMPUR (Petikan Akhbar Harian Unggul Brunei Darussalam 24 Jan 09)


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Shah United FC berjaya mengharumkan nama pasukan mereka dan Negara Brunei Darussalam apabila pasukan berkenaan muncul juara Kejohanan Liga Futsal Jemputan di Kuala Lumpur, Malaysia baru-baru ini.
Dalam liga enam pasukan itu, Shah Utd FC mengumpul 13 mata hasil dari 4 kemenangan dan 1 seri bagi menewaskan lima pasukan lain iaitu Star 7 FC dari Selangor di tempat kedua dan Akademi Cheras Jaya FC dari Kuala Lumpur di tempat ketiga...... (selanjutnya)

MINI TOURNAMENT MALAYSIA - BRUNEI 2009



Terima kasih Shah United Brunei Darulsalam juara kejohanan

Keputusan penuh perlawanan sila klik disini

Gambar penuh sila klik disini

BERITA DARI AKHBAR THE BRUNEI TIMES

Shah United ready for Malaysian test
BANDAR SERI BEGAWAN
Saturday, January 17, 2009
BRUNEI'S futsal club Shah United (pic) will be flying the flag at today's Cheras Jaya FC Academy Invitationl Futsal Tournament at the Soccer Arena in Kuchai Lama, Kuala Lumpur. They are the sole Bruneian team in the competition.The five other teams in the tournament are all from Malaysia: Cheras Jaya FC A, Cheras Jaya FC B, the Royal Malaysian Air Forces (TUDM), Junior FC and Futsal Academy FC.The 10 Shah United players and three officials were invited to participate by the organisers. "For me the exposure the team will get is important," said team manager Hj Syed Md Yaqub in a Press release issued on Thursday before their flight to Kuala Lumpur."Though our players are not very experienced, they have taken part in friendlies and competed in tournaments in Labuan, Sabah and Sarawak," he added.Those comments were echoed by the team's coach, Md Sufri Tanjong, who said he prepared his players both physically and mentally for the tournament. "Winning or losing is not important. What is important is the experience and exposure they will get."(JT04) The Brunei Times